Friday, 25 November 2016

SAHABAT SELAMANYA


بسم الله الرحمن الرحيم 

        SAHABAT SELAMANYA 💘


Lawatan ke Masjid Kristal, Terengganu

Sahabat adalah kurniaan dan anugerah terindah daripada Allah SWT yang tidak ternilai. Mereka adalah kiriman daripada Allah SWT untuk melengkapi kehidupan seharian kita. Sahabat juga adalah saudara bahkan merupakan juga sebahagian daripada keluarga kita yang sedia membantu ketika diperlukan dan setia bersama kita ketika diri dalam kesusahan...

          Sahabat, meskipun perkenalan kita hanya selama setahun setengah sahaja, tidak bermakna kalian jauh dari hati ini. Jujur ku katakan, makin hari semakin aku merindukan kalian kerana aku terlalu rindukan semua kenangan yang kita cipta bersama. Suka duka yang dihadapi bersama-sama. kadang-kadang aku menangis kerana terlalu rindukan sahabat-sahabatku... 




           Benarlah kata-kata yang diungkapkan sebelum ini bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahan. Tetapi setiap perkenalan dan kenangan yang tercipta bersama tidak akan ada pengakhirannya kerana setiap kenangan yang tercipta akan kekal dalam memori...

            Sahabat, ingatlah.. bukan mudah untuk kita mendapatkan sahabat yang benar-benar ada di sisi kita saat kita dalam kepayahan dan kesusahan..namun, amat mudah untuk kita mendapatkan sahabat yang benar-benar ada di sisi kita saat kita dalam kesenangan..ingatlah, akan ku abadikan persahabatan ini selamanya..kerana kita SAHABAT SELAMANYA 💘
  

8 comments:

  1. Cantik permandangan tu..termasuk kamu hehee

    ReplyDelete
  2. Cantik permandangan tu..termasuk kamu hehee

    ReplyDelete
  3. huhu..susah nak cari sahabat yang setia

    ReplyDelete
  4. humm rindunya dengan sahabat saya

    ReplyDelete
  5. haah cantik sungguh pemandangan tu tpi cantik lagi adminnya

    ReplyDelete
  6. haah cantik sungguh pemandangan tu tpi cantik lagi adminnya

    ReplyDelete
  7. Wah...
    Rajin buat rombongan...
    Nnty handle rombongan geng!

    ReplyDelete