Sunday, 27 November 2016

KERABU SOTONG UNTUK DIA

assalamualaikum..hye semua blogger blogger sekalian✋..haaa buat apa tu??mesti tengah duk fikir kan nak masak apa hari ni..haaa meh meh sini singgah blog sis ye..buat apa nak singgah???hahaha..haa sebabnya sis dengan suka citanya ingin berkongsi serba sedikit satu resepi ni dari facebook seorang kawan ni..rugi kalau tak tahu sebab resepinya mudah sangat dihidangkan untuk seisi keluarga..😍😍


Bahan - bahan untuk ( 4- 5 orang )

700 gram sotong 
2 ulas bawang besar - dimayang
1 biji tomato - dipotong dadu
2 biji lada merah
4 tangkai kacang panjang
4 tangkai daun kesum
4 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
5 sudu besar sos ikan 
7 - 8 biji limau kasturi - ambil air perahan limau sahaja
garam dan gula secukup rasa

Cara - cara penyediannya :

1) Potong dan hiris nipis - nipis mengikut citarasa anda.
2) Setelah itu celurkan sotong tersebut dengan seketika menggunakan air panas dan kemudian      
    ditoskan.
3) Semua bahan - bahan kerabu juga turut dihiris nipis - nipis.
4) Kemudian, masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk.   
    masukkan air perahan limau, garam dan gula secukup rasa ke dalam mangkuk yang ada bahan -    
    bahan tadi dan digaul hingga sebati.
5) Hidangkan.

haaaaa.. macam mana??? simple sangat kan..jadi, ibu- ibu, makcik-makcik, akak-akak yang tengah sibuk duk fikir lagi nak masak apa untuk keluarga tu, saya alu - alukan untuk mengikuti resepi di atas..mudah sangat - sangat..😊 SELAMAT MENCUBA

Friday, 25 November 2016

SAHABAT SELAMANYA


بسم الله الرحمن الرحيم 

        SAHABAT SELAMANYA 💘


Lawatan ke Masjid Kristal, Terengganu

Sahabat adalah kurniaan dan anugerah terindah daripada Allah SWT yang tidak ternilai. Mereka adalah kiriman daripada Allah SWT untuk melengkapi kehidupan seharian kita. Sahabat juga adalah saudara bahkan merupakan juga sebahagian daripada keluarga kita yang sedia membantu ketika diperlukan dan setia bersama kita ketika diri dalam kesusahan...

          Sahabat, meskipun perkenalan kita hanya selama setahun setengah sahaja, tidak bermakna kalian jauh dari hati ini. Jujur ku katakan, makin hari semakin aku merindukan kalian kerana aku terlalu rindukan semua kenangan yang kita cipta bersama. Suka duka yang dihadapi bersama-sama. kadang-kadang aku menangis kerana terlalu rindukan sahabat-sahabatku... 




           Benarlah kata-kata yang diungkapkan sebelum ini bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahan. Tetapi setiap perkenalan dan kenangan yang tercipta bersama tidak akan ada pengakhirannya kerana setiap kenangan yang tercipta akan kekal dalam memori...

            Sahabat, ingatlah.. bukan mudah untuk kita mendapatkan sahabat yang benar-benar ada di sisi kita saat kita dalam kepayahan dan kesusahan..namun, amat mudah untuk kita mendapatkan sahabat yang benar-benar ada di sisi kita saat kita dalam kesenangan..ingatlah, akan ku abadikan persahabatan ini selamanya..kerana kita SAHABAT SELAMANYA 💘
  

Monday, 21 November 2016

KELEBIHAN KISMIS TERHADAP KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t...
Hye semua.. 😊
Hari pertama sebagai "blogger" , entahlah tak tahu nak cakap apa..😂
Tapi, terlintas di fikiran untuk berkongsi tentang kelebihan kismis..
Disebabkan kismis ini pemakanan yang baik untuk kesihatan, jadi sis ambil kesempatan sedikit untuk berkongsi beberapa kelebihan yang perlu kita semua tahu tentang kismis ni.




Mungkin ramai yang tidak tahu kismis ni ada banyak khasiatnya seperti buah kurma..kerana ia mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5 dan sebagainya..jadi, apakah khasiatnya sis???haaaa..ni yang sis nak habaq kat semua ni..

1) Merawat mata
2) Tulang yang kuat
3) Merawat gigi
4) Membantu meredakan sembelit
5) Mengatasi penyakit anaemia
6) Mencegah kanser
7) Menguatkan daya ingatan

haaaa..sampai sini je yang dapat sis kongsikan serba sedikit tentang kelebihan kismis terhadap kesihatan kita..😊 jadi amalkanlah pengambilan kismis dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang masih belajar..kerana ia dapat membantu menguatkan daya ingatan dan mencerdaskan otak..so, SELAMAT BERAMAL 😊